Sunday 3 November 2013

Hukum DOA & PUASA Awal Dan Akhir Tahun




Ramai yang bertanya saya hukum DOA dan PUASA awal dan akhir tahun. Sebab mereka keliru ada orang (ustaz) yang mengatakan ia sebagai BID'AH dan SESAT.

JAWAPAN SAYA:

1- Sebelum kita membincangkan isu ini, perlu diketahui bahawa BID'AH bermaksud menyandarkan sesuatu perbuatan kepada Nabi SAW sama ada dalam bentuk perbuatan, percakapan atau perakuan. Oleh itu, setiap perbuatan (IBADAH) yg disandarkan kpd Baginda SAW sedangkan Dia tidak melakukannya maka itu dikira BID'AH yang TIDAK BOLEH diamalkan.

2-Hukum berdoa dan berpuasa sunat adalah dituntut secara mutlak. Oleh yang demikian, setiap doa atau puasa sunat tanpa mengaitkan amalan tersebut kepada perbuatan Nabi SAW secara khusus adalah DIBENARKAN dan TIDAK TERMASUK dalam KATEGORI BID'AH yg terlarang. Sesungguhnya galakan BERDOA atau PUASA SUNAT tidak hanya dikhususkan pada akhir dan awal tahun sahaja. Tetapi ia digalakkan pada setiap masa dan ketika.

3- Bagi umat Islam yang ingin membaca DOA AKHIR dan AWAL tahun DIPERSILAKAN untuk melakukannya. Namun, jangan pula dianggap ia sebagai salah satu SUNNAH yg dituntun oleh NABI SAW. Anggaplah ia sebagai salah satu perbuatan yang biasa dilakukan oleh adat orang Melayu. Lagipun kandungan intipati doa-doa akhir dan awal tahun itu juga baik dan tidak pula membawa erti kesesatan dll.
Walaubagaimanapun, JIKA ada yang tidak berminat untuk TIDAK BERBUAT demikian, mereka juga DIBENARKAN dan mereka TIDAK BERDOSA kerana ia bukan satu arahan yg WAJIB atau Sunnah Nabi yg dituntut secara khusus.

4- Begitulah juga hukumnya bagi mereka yang ingin BERPUASA SUNAT. Teruskan puasa itu tanpa menisbahkan perbuatan itu kepada Nabi SAW kerana dikhuatiri termasuk dalam perbuatan BID'AH yang terlarang. Anggaplah puasa yang dilakukan itu sebagai puasa sunat yang biasa dilakukan seperti hari-hari lain.

Semoga dengan penjelasan di atas, TIADA di antara KITA yang berbalah dan bertengkar. Ingat.. Tiada siapa yang sempurna dalam hal ini. Saling hormat menghormati adalah lebih baik daripada menunding jari kepada kesalahan orang lain. ISLAM itu INDAH.
--------------------------------------------------
Soalan: Apa komen ustaz tentang bacaan doa akhir dan awal tahun sebagaimana diamalkan masyarakat kita? Adakah hadis yang menyuruhnya?

Ustaz Azhar Idrus:

Jangan kita bergaduh tentang soal bacaan doa akhir tahun dan awal tahun. Ini perkara kecil, hanya bab berdoa saja. Walaupun tiada hadis sahih yang menyuruhnya, tetapi tiada hadis yang melarangnya. Jadi, jika berdoa untuk kebaikan, kita akan mendapat pahala. Yang tak bolehnya berdoa yang tidak baik, seperti doa minta orang bercerai supaya bini dia kamu yang dapat!

Jadi, sesiapa yang hendak baca doa ini silakan, dan sesiapa yang tak mahu baca tidak ada salah apa-apa. Jangan kita hanya berani berhujjah pada perkara remeh dan khilaf, tetapi perkara munkar seperti konsert yang dedah aurat, gangnam, k-pop, isu murtad, dan sebagainya kita tak berani nak bersuara!

*Tiada salah membacanya selagimana doanya adalah perkara yang baik-2 cuma jangan disandarkan ia sebagai hadis nabi kerana 
"sesiapa yang berdusta atas namaku maka dia telah menempah tempatnya di neraka." (HR Bukhari dan Muslim). Berdusta atas nama Rasulullah bila mana mengada2kan atau mereka2 hadith yang baru yang datangnya bukan dari Rasulullah.

Moga Bermanfaat. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment